14 Februari 2008

Penghantaran Data EMIS Bulanan Tahun 2008

Assalamualaikum/salam sejahtera,

Semua Guru Data Pulau,

Melalui Pengetua/Guru Besar
sekolah-sekolah daerah Pulau.

Tuan/Puan,

Mulai Februari 2008 semua penghantaran data EMIS hendaklah dibuat secara 'Online' KECUALI data bulan JUN dan Oktober hendaklah dihantar dengan 2 cara iaitu:
  1. Disket
  2. Secara 'Online'
2. Penghantaran data EMIS sekolah tuan/puan hendaklah dilaksanakan pada atau sebelum
02 haribulan berikutnya.

3. Semua bahan Cetakan hendaklah dikemukakan seperti butiran berikut:
  1. 1 salinan ke PPD (Unit Menengah ATAU Unit Rendah)
  2. 1 salinan ke JPN(Unit Menengah ATAU Unit Rendah)

4. Salinan ke Unit Maklumat PPD tidak diperlukan lagi.

5. Adalah diharapkan walaupun penghantaran dibuat secara 'online', pihak sekolah dinasihati agar membuat pendua(backup).

Kerjsama dan perhatian tuan/puan mengenai perkara tersebut, didahului dengan ucapan jutaan terima kasih..


Wassalam.Terima kasih.