19 Mac 2008

Borang Semakan Perlantikan Guru Data tahun 2008

Assalamualaikum/salam sejahtera.

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah
Daerah Pulau.

Tuan,

Adalah dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan itu, jasabaik dan kerjasama pihak tuan/puan dipohon agar dapat mengembalikan borang tersebut yang telah dilengkapkan ke Unit ICT JPN Pulau Pinang
pada atau sebelum 26/03/2008.

Kerjasama dan perhatian tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Taklimat dan Bengkel Pembinaan dan Pelaksanaan Fail Sumber Maklumat/Data Sekolah

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah
PPD Pulau

Tuan,

Taklimat dan Bengkel Pembinaan dan Pelaksanaan Fail Sumber Maklumat/Data Sekolah

Adalah dengan hormatnya, saya diarahkan merujuk kepada perkara di atas.

2. Satu taklimat dan bengkel berkaitan perkara tersebut bagi ketua Pembantu Tadbir /Pembantu Tadbir sekolah akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh:akan dimaklumkan kelak
Masa:8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat:akan dimaklumakan kelak.

3. Sehubungan itu jasabaik pihak tuan/puan dipohon agar dapat mengarahkan Ketua Pembantu Tadbir ATAU Pembantu Tadbir (1 orang sahaja)sekolah tuan/puan hadir ke taklimat/bengkel tersebut.

4. Kerjasama dan keperihatinan tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian,terima kasih.

14 Februari 2008

Penghantaran Data EMIS Bulanan Tahun 2008

Assalamualaikum/salam sejahtera,

Semua Guru Data Pulau,

Melalui Pengetua/Guru Besar
sekolah-sekolah daerah Pulau.

Tuan/Puan,

Mulai Februari 2008 semua penghantaran data EMIS hendaklah dibuat secara 'Online' KECUALI data bulan JUN dan Oktober hendaklah dihantar dengan 2 cara iaitu:
  1. Disket
  2. Secara 'Online'
2. Penghantaran data EMIS sekolah tuan/puan hendaklah dilaksanakan pada atau sebelum
02 haribulan berikutnya.

3. Semua bahan Cetakan hendaklah dikemukakan seperti butiran berikut:
  1. 1 salinan ke PPD (Unit Menengah ATAU Unit Rendah)
  2. 1 salinan ke JPN(Unit Menengah ATAU Unit Rendah)

4. Salinan ke Unit Maklumat PPD tidak diperlukan lagi.

5. Adalah diharapkan walaupun penghantaran dibuat secara 'online', pihak sekolah dinasihati agar membuat pendua(backup).

Kerjsama dan perhatian tuan/puan mengenai perkara tersebut, didahului dengan ucapan jutaan terima kasih..


Wassalam.Terima kasih.


17 Disember 2007

Penghantaran Borang dan Disket Prestasi

Assallammualaikum dan salam sejahtera



Laporan Nilaian Pestasi Tahunan yang lengkap bagi semua kategori hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Pelajaran Daerah / Panel PPSM masing-masing pada atau sebelum 3hb Januari 2008. Perlu disertakan ialah borang LNPT 2007 bersama disket serta cetakan maklumat yang berikut:-

Bahan cetakan:
1. Maklumat staf keseluruhan ( Untuk pengesahan )
2. Senarai ikut markah dan cadangan APC
3. Lampiran Ralat ( Lampiran SRA )
4. Lampiran Akuan Terima Bahan ( Lampiran AT )
5. Senarai Penerima APC ( mengikut keutamaan )

Disket
Disket yang mengandungi data Prestasi 2007 yang dilabelkan:-
a) Kod Sekolah
b) Nama Sekolah
c) No tel bimbit Penolong Kanan Pentadbiran